Monday, August 18, 2008

Suka Onani

SAYA gadis berusia pertengahan 20-an. Saya baru menamatkan pengajian dan kini bekerja. Masalah saya ialah tidak boleh menahan keinginan melakukan onani.

Seingat saya, perkara ini bermula sejak saya 12 tahun. Apabila berumur 18 tahun, saya semakin berani dan tidak boleh meninggalkan tabiat ini.Sehingga kini saya beronani dengan ramai lelaki melalui suara ghairah dan gambar lucah dan kadangkala hampir setiap hari hingga klimaks (basah).

Saya pernah cuba berhenti tetapi gagal. Malah saya berasa lebih seronok dan puas walaupun tidak pernah melakukan hubungan seks. Saya fikir ini lebih baik daripada berzina.

Adakah perbuatan saya berdosa besar? Adakah setiap kali saya melakukan onani saya perlu mandi wajib? Bagaimana caranya untuk berhenti daripada tabiat ini?



REN
Kuala Lumpur




Beronani iaitu mengeluarkan air mani dengan merangsang diri sendiri termasuk antara tabiat luar tabii yang dilarang agama. Perkara itu bukan saja tidak baik daripada segi kesihatan faraj malah menjadikan seseorang itu ketagih melakukannya berulang kali.

Kebanyakan ulama seperti Imam Shafei dan Maliki mengklasifikasikan perbuatan ini terlarang dan berdosa dengan mengambil dalil al-Quran surah al-Mukminun ayat 6-7. Jika perbuatan ini merangsang sehingga keluar air mani dan kepuasan, seseorang itu wajib mandi.

Bagi usia seperti saudari yang ada keinginan pada kepuasan, berkahwin adalah jalan keluar terbaik bagi menyelesaikan masalah ini. Jika tidak mampu berkahwin, amalkan berpuasa sunat dan babitkan diri dalam aktiviti yang mampu mengalih tumpuan daripada kepuasan seksual.